Thursday, March 31, 2011

Mereka buat aku rahang aku jatuh nam belas kali !

Posted by bemymine at Thursday, March 31, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Holaaa holaaaa hollllllaaaa!!!!

Apekah? Mengapakah? Siapakah?? Segalanya akan terjawab selepas ini. Waaahh da macam edisi siasat yg dah habis edisi je kan.. Kah kah kah kah.. Paaanngggg aku skali k!..

Apekah? Mengapakah? Siapakah yang boleh membuat rahang aku jatuh nam belas kali *seperti tajuk diatas, saja nak ulang*.. Jawapan nye.. Jeng jeng jeng...

Asal aku asik dok ulang ulang je nie ek?? huahuahua.. saje je sebab aku tak de idea nak tulis kata alu aluan dan palu paluan.. hohoh!

Sebenarnya, aku nak tulis pasal hero & heroin aku neh ha... Siapa? si Horatio, si Max, si  Alex.. hoho! Siapa dieorang neh. Dieorang la hero untuk cerita CSI MIAMI, CSI NY & HAWAII FIVE O. Korang tengok tak? jangan tipu la cakap tak tengok. Sure tengok kan..

Sebab dieorang nie lah yang buat masa makan aku jadi 1 jam baru nak siap. Punya la fokus point kat TV, sampai member dah tambah nasi 3 4 kali, aku masih dengan nasi yang sama, kuantiti yang lebih kurang sama.. Teruk kan..

Dan sebab dieorang nie lah, aku sanggup siaran ulangan cerita dieorang berkali kali. Sampai kakak aku cakap "kan ko dah tengok cerita nie semalam?". Aku lak hanya senyum tak perlu kata apa apa.. wahahaa..

Antara Sebab sebab aku suka tengok dieorang adalah ::



  • CSI NY -Sebab MaC! Dia cool gilerrrrrr okeh.. 



  • CSI MIAMI -Sebab HORATIO!! hhahaha.. gatai kan aku.. bukan pe, aku skua tengok time die nak pakai shades.. Kacak weyyhh even dah baya baya bapak haku dah.. tak pe lah, bukan nak kawen dgn dia pun. minat je.. hhahhaa.. Kemain gatai ko kecikkkk...

  • HAWAII FICE O -Perrggghhh...Minat tersangat sangat okeh! lagi lagi dekat alex.. hahaha.. body ketoi ketoi tu.. rasa selamat je lau jalan dgn die *berangan jap*. hahahaah.. Dulu ada versi lama aku tak berapa minat sebab ala ala 60an.. Now versi baru dan aku sangat sangat suka okeh!! Alex tu aku punyerr k, jangan ameekk!!


  • COVERT AFFAIR - Best sebab juru teknik dia buta & jadi CSI.. hebat okeh!

  • BLUE BLOODS - the whole family jadi polis okeh! anak perempuan lak jadi lawyer.. dari atokkkk sampai la ke cucu.. syokkkk ooo tengok.. rasa nak jadi polis tapi semalam ukur tinggi resultnye haaaaampeeeh! cancel..

Moral of the story :: Even aku tak layak jadi sebahagian daripada mereka, aku berangan pun tak hape kan kan kan.. bang bang bang.. tembak guna pistol air pun jadilah.. whahahaa..

P/s :: kena update cepat cepat sebab BIG BOS da nak sampai. Adioss amigosss..


Tuesday, March 29, 2011

Teksi Owh Teksi !

Posted by bemymine at Tuesday, March 29, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Yeehhuuu. Salam 1 malaysia..

Pape je lah kan coz aku sedang mimpi ada orang yg dok baca aku punye entry neh ha. Tak salah berangan kan, FOC kan.. Hohoho..


BTW, seperti sedia maklum aku tiap-tiap hari pergi kerja naik teksi kan. Maklumlah, MISKIN ok takde kereta. Ada aku kisah ke? Kalau aku tak de, teksi teksi tu semua tak de kerja ok! bongkak giler kan aku. LOL!


Sebenarnye, aku nak story sikit sal uncle uncle teksi nie, ada gak pompuan, nak aku panggil makkel ke?? LOL!! *sila lempang aku dgn jarak 500meter ok!*


Apa yang aku dapati *da macam pengulas sukan jerk* Errrk.. Sambung sambung, Apa yang aku dapati uncle uncle teksi nie adalah seorang pemandu yang sangat sangat baguih. Baguih? Apekah? BAGUS la.. Kenapa? Salah satu dari nam ploh sebabnye adalah,"SAMPAI CEPAT KAT OFFICE" walaupun time uncle uncle nie bawak teksi puas aku berzikir dalam kereta, segala jenis doa aku baca, doa makan, doa tengok cermin, doa lintas jalan. Errk ada ke? Pape je la..


Sebenarnye, aku cuma nak bagi tahu pasal pagi tadi je. Sebab entry sal teksi nie aku da buat rasa nye. Lupa lak, maklum lah banyak makan semut itam masak lemak cili boh! ERKK!!


Apakah kejadian itu?? Jeng jeng jeng jeng. PAKCIK TU TERTIDO OK! huh!! Kejadian di trafic light kat area kepong. Dok aku layan pemandangan kat kepong tetiba ada lak yang hon. PoooooNNn pooonnNNnn.. Terkujat aku, ingat kan apa. Rupanye, lampu dah lama hijau dan teksi aku tak jalan jalan lagi. Dan uncle teksi aku tu, ley sedap tido. nasib baik tak berbunyi k.. HUH!

Kesian gak kat uncle tu, dari hasil kajian aku *siap kajian* umur uncle tu dalam 70+ kot. Mungkin uncle tu tak cukup tidur agaknya. Mencari rezeki untuk sesuap nasi. Waahh!! dah macam rancangan BERSAMAMU ok!.. Tetiba uncle tu cakap "sulah talak tahan woo, mau balik tido lepas ini". Kami pun cakap 'yea la uncle, u balik tidur lepas ini tau'. Concern gilerr kan.. Bukan apa, kesian ok!.. Bila dah sampai office, kami siap wat pesanan pihak penaja lagi, kami cakap 'uncle, bawak teksi elok elok tau, balik terus tidur!' . Baik kan kami.. I know la..



Sekadar hiasan






Apa apa pun, jika tiada teksi maka aku tak boleh pergi kerja even ada bas sebab aku tak berapa nak reti naik bak kat KL nie, coz bnyk sangat no U41 la, U22 la, UPM la, Erkk.. heheh!! Senang cakap, Tanpa mereka saya tidak disini!


Saturday, March 26, 2011

Berbicara pada bintang !

Posted by bemymine at Saturday, March 26, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam & selamat malam semua..




Kan best kat kalo bumbung bilik aku boleh nampak awan. Hohoh.. Boleh kot tapi aku kena la tidur kat rooftop kan.. nak sangat kan.. Tak da lah, maksud aku seronok kan kalo sebelum tidur, kita tengok tengok dulu bintang bintang yang bercahaya di langit.


Kadang kadang bila aku tengok bintang aku rasa macam sumthing yang aku nak luahkan rasa terluah. Andai kata kita dapat luahkan pada bintang, luahkan apa yang terpendam dalam hati kita, rasa rasanya 24jam pun cukup kan..

Apakah benda yang kita ingin luahkan pada bintang yea? Adakah mengenai Hati, cinta, marah, dendam,  ataupun pasal mak ton sebelah rumah selalu tumbuk sambal belacan kuat kuat? LOL! Jika aku, aku hanya luahkan "kenapa aku susah mahu tersenyum melalui hati?", "kenapa aku masih sayang / ingat dekat engkau even macam macam kau buat kat aku"??, " kenapa la kat dunia nie ada manusia yang talam bermuka2, mcm depan orang ko nampak baik sangat, tapi belakang?"


Tolong jawab untuk aku boleh x??

Wednesday, March 23, 2011

NazMya Bakery ~ Sheedap okeh !

Posted by bemymine at Wednesday, March 23, 2011
Reactions: 
4 comments Links to this post
Salam to all my darling. Konon konon ada orang baca blog aku la.. Perasaan.. Watever lah!


 
Lotih den, sebab aku rini mengoperate blog aku? Chanteeek tak? If not, sila lah cakap chantteeeek ok sebab aku da kehabisan idea dah nak operate macam ne dah. Biar lah aku kembang dengan bangga nya. Neway, thanks to Cik aQma sebab tunjur ajar ku sifu! wah demam mentor ke hape neh? sobab dia bersabar mengajar haku pasal nak edit edit segala bagai nie even thru FB je.. yealah, segala nya dihujung jari kan.. Nak jumpe kemain jauh, even ku rindu die.. **segala memory masa PLKN menjelma**. Kemain skema ayat aku kan..


Pape pun, sebenarnya entry aku kali nie pasal NAZMYA BAKERY. Sape tu? Majistret kah? Pemain bonggo (betol ke ejaan aku neh?), pemain batu seremban peringkat antabangsa kah? kah kah kah.. Owner kepada NAZMYA BAKERY neh adalah Sepupu saya  . Umor die if i'm not mistaken la, 22 / 23.. Hohohoh.. Sorry babe aku tadi makan semut api masak lemak, sebab tu lupa. BTW, Dia dah bertunang, so jangan nak gegatal ngan dia ok! i'm warning u..


Pape pun, nie aku nak story morry sket la sal die. Now dia ada buka bisnes kecil kecilan. Apekah bisness itu? Yeahhh!! dia buat CAKE! dan haku jeles, huh! jeles secara terang terangan adalah sah di sisi undang undang ok. Sebab hape haku jelesssh, sebab haku tak reti ok nak bake bake nie. Kang bila aku bake kang, aku takut aku yang hangus lagi hangit! LOL!!


Sekecil kecil bisness dia pun, alhamdulillah dia akan mendapat tempahan cupcakes sebanyak 2000pcs bulan 5/6 neh untuk wedding. aku nak tolong! nak tolong! nak tolong!, tolong makan je la tapi.. wahahaha.. Macam macam okeh, ada moist choc, cupcakes, tart (macam macam jenis ada), dan macam macam lagi lah *acteli aku lupa nama kek tu* kah kah kah.. Hampehh tau meya cousin ko neh!..Pape pun, dari hasil testimoni pemakan pemakan kek si meya neh, semua nya memberangsangkan. If not, tak de lah sampai dia cakap " nak tengok kek pun da mabuk" LOL! buat kek pun sampai mabuk ke? haku ingat pregnant je ley mabuk mabuk neh.


If korang berminat nak tempah, boleh bagi tahu aku atau direct kat dia ok! dia beroperasi di KOTA TINGGI, if area KL tu kena arrange dulu la ok! Harga nanti aku bagitahu kat gambar yea. Sabar.. Kap ba ra kap alif ta nun! hahaha.. macam tak ada kena mengena je kan. papelah!


Mempersembahkan NAZMYA BAKERY **ada lagu lagu sikit okeh**






Cake choc moist - harga RM18++ ikut KG..

Ini detail dia ok!..

harga dalam rm2.00 -rm2.80.
if i'm not mistaken.




Contoh tart yang belum siap nak filling ag!


P/s :: Please enjoy the show! lalalalla~~~

Tuesday, March 22, 2011

aku nak! aku nak! aku nak!

Posted by bemymine at Tuesday, March 22, 2011
Reactions: 
2 comments Links to this post
Haaaliiluuyaaa!! Salam..

Hye hye reader *bajet ada la konon yang baca blog aku yang tah hapa hapa neh*.

Nows a day, hati aku memberontak, lost control, & sedikit berkecamuk *hambik kau ayat tak hingat!*

Siyes ok! Aku rasa macam aku mesti dapat kan that thing, if not hidup macam tak tentu arah je. Macam ada yang hilang je tau. *pelempang sket haku neh*

Apekah itu? Mende apekah yang membuat jiwa aku bergelora selain daripada aku bertentang mata dengan my pumkins? LOL! Jawapan nye adalah ini ::

1) Nikon DSLR atau Digital Single-lens reflex! Mende nie boleh wat aku giler 10 minit ok!! aku tengok dak dak yang pakai mende nie nampak kerek je k. Betul. KEBANGGAAN tu akan terserlah kalau DSLR nie tersangkut kat leher. Mengalahkan korang pakai RANTAI EMAS ok. Ada 1 ari tu, aku ternampak sorang mamat nie makan kat mamak pun siap gantung DSLR kat leher. pergi mamak pun bawak DSLR ke?? hohoho.. Aku lak kecik besar je tengok orang orang yang ada mende neh taw x! haku jeles ok!! sangat sangat. Tapi pe ley buat belum rezeki aku lagi. tapi insyaallh ada rezeki aku nak angkat 1 DSLR . tak kisah la pape model pun janji dapat redakan kempunan aku neh! wah kempunan bagai, macam ibu ibu mengandung lak kan. Huh! Uwaaaaa.. Aku nak DSLR weyhh! korang bagi kat aku ea, 24/12 besday aku, so ada masa lagi korang kumpul duit untuk bagi hadiah ni kat aku. ok ok ok ! aku tunggu dengan harapan yang menggunung setinggi gunung berapi. LOL!..



Mende nie yang buat aku berangan nak jadi model k.. Walaupun aku dot dot dot..


2). Braces. Korang tau kan mende pe braces nie. Ala yang besi kat gigi tu.. Wah! Ko nak jadi BETTY LA FEA ke kecik? huhu! Soklan kejam ok lau ko tanya kat aku mcm nie.. Takde lah, aku pakai sebab nak mencantikkan Gigi aku la.. Wat pe nak malu kan pakai besi kat gigi. Besi harga riban riban ok. Ada yang cakap kat aku, pakai braces ni sakit. Tapi biasa la BEAUTY IS PAIN. Tapi tak salah kan kalau kita nak nampak chantekkk!!




P/s :: My pumkin cakap "jangan membazir ayg!"..

Wednesday, March 16, 2011

Saya budak baru belajar !

Posted by bemymine at Wednesday, March 16, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Assalamualaikum W.B.T

Kemain kan minggu ni aku tiap tiap hari buat entry baru. Bukan apa, aku rasa macam dah tak ada hati nak keje dah! LOL! siyes memang dah bosan ok! Keje sebagai marketing ni bukan senang, kena berjiwa kental tahu tak! kenapa? Opkos, sebab kita kena serve customer yang bermacam macam ragam. Tapi kalau customer yang baik, memang best entertain dieorang. Seronok je rasa nye!

Sebenarnya entry aku ni bukan pasal job aku kat office ni tapi lebih menjurus kepada 'Saya budak baru belajar buat blog'. Yes!! Sebenarnya dari tahun lepas lagi 'niezazainal.blogpspot.com' ni beranak. huh!

Mula mula tulis, macam macam kutukan aku dapat. Ada yang cakap 'tak best ok blog ko!'. Dalam hati cakap, 'ada aku kisah'. Cakap dalam hati je la k, tak nak cakap depan depan sebab aku nie kena menjaga hati orang. Ok! aku buat blog nie pun suka suka je.Cita cita nak jadi penulis ok! Tapi aku amat lemah dalam bahasa. Seriyes ok!! result SPM aku pun aku malu nak show kat anak cicit cucut aku nanti.. kah kah kah!

Bila aku bosan kat office, aku mula lah jadi silent reader kat blog blog yang aku rasa gaya penulisan dieorang lebih sempoi, outspoken, & best. Blog blog mereka cantik dengan header header yang lawa, templet yang cantik. & follower yang dah macam penyokong parti parti kat malaysia neh.

Tetiba aku rasa, best jugak kan menulis dekat blog nie since aku memang tak ada diary. Aku bukan aweks aweks yang selalu mencoret rahsia hati dekat dairy tu. Eeee please lah eh! wahah kejam kan aku. Tapi lama lama aku rasa best pulak bila menulis nie walaupun tulisan aku yang adoo je la kan. Tak ada yang komen every entry aku, tapi aku tak kisah pun. It's ok it's oraite bebeh~

Yealah, dah nama pun budak baru belajar. Mana ada terus pandai kan. Mesti la step by step. dont be gelojoh gelojoh ok.. So silalah tunjuk ajar newbies nie ok..


P/s :: Sharing is caring & opkos i caring kat uolls

Tuesday, March 15, 2011

Salah ke kalau aku PENDEK & KURUS !

Posted by bemymine at Tuesday, March 15, 2011
Reactions: 
4 comments Links to this post
Salam dan selamat petang semua !

Korang dah makan? Aku? Opkos la dah kan. Membela lemah dalam perut aku ni dengan makan KFC td sponsor by Mr Terry.. Moga moga murah rezeki dia kan.. Ermm..

Friendly speaking la, aku tak kisah langsung la kalau orang cakap aku rendah, bantut, bantat ops! tu untuk kuih, rendah, rendang tak berbuah dan macam macam lagi lah. Dan lagi 1 pasal KEKURUSAN aku. Korang ada pape masalah ke? Atau korang jeles yang korang ta kdapat badan slim river macam aku? wahaha!! Kompom jeles!!

Aku memang tak kisah ok! Sebab aku memang rendah pun. Tinggi aku cuma 150CM. Puas hati! Dan Tapi aku bangga dengan ketinggian yang aku ada. Kau ada? ada?ada? sure tak ada la kan. Kenapa aku cakap aku bangga dengan ketinggian aku? *ayat sama macam baris kat atas nun*. Dan berat badan aku adalah 35kg *paling berat aku rasa*. Antaranya sebab sebab aku bangga menadi diri aku adalah :

  • Saiz Baju @ Seluar - Korang kalu nak beli baju kan, sure cari saiz M or L. If korang amik saiz S, kompom campur sure korang akan nampak macam sarung nangka! LOL! Siyess, nampak ketat dan segala macam spare tyre korang akan terjojol. Tapi aku? aku dengan bangganya dapat pakai saiz XS atau S. Tak payah nak risau la baju aku tu ketat ke tak, Nampak comel je kan *PannnGGGGGggg* Kau perasan kan kecik! LOL!. Seluar pulak, aku pakai saiz 25 atau S saiz. Kan nampak comeyyy je kan suar kecik kecik neh!

  • Jimat - Kenapa? Bukan aku tak ada baju saiz besarr punya neh! aku but baju tidur! whaha!! kan ke jimat weyhh! tak payah la nak beli baju tidur lain lak. Aku amik je baju baju yang agak besar tu then aku buat baju tidur! Ok, tu jimat dari segi pakaian. Yang nie pula dari segi makan! Biasa nya orang yang bertubuh comel macam aku neh, makan tak banyak. Cukup lah sekadar wat penuh perot! LOL!Tak da lah, siyes, aku makan tak banyak. Kadang kadang 1 pinggan nasi pun aku tak habis. Siap share share lagi dengan kawan. Kan ke pemurah aku nie. Tapi kalau dah SAKA LAPAR joint venture dalam badan aku, korang jangan pengsan lapan puloh lapan kali pula yea!

  • Space sikit - Kenapa? aku boleh share 1 kerusi dengan 2 orang! sorang setengah bon2 la. LOL! Oleh sebab aku nie bertubuh comel, jadi kebarangkalian aku hanya memerlukan space yang sedikit sahaja. Contoh : Dalam kereta, if 4 orang bertubuh macam aku, aku pasti semua penumpang bahagian belakang dapat bernafas seperti biasa, tetapi jika 4 orang yang bersaiz XL duduk di bahagian belakng? apa yang akan jadi! Tak dapat den nak bayang weyhh!
Dan ini situasi dimana aku menemakan My Pumpkin pergi buat plat number dia masa raya last year ok!

Owner kedai : Ini lu punya amoi ka?

Sayang : A'ah. Kenapa?

Owner Kedai : Aiyooooo!! Sangat kurus la u punya amoi, boleh masuk Guiness Book Of Records. Boleh dapat duit ma!

Sayang : *Gelak berdekah dekah ok!

Aku : Bangga sedikit la tapi tak boleh blah tengok tokey tu punya muka!

  • Nampak muda - Kenapa? Orang akan ingat yang aku baru abis sekolah ok! Habis darjah 6? Melampau nooo ko kecik. Maybe habis form 5 kot! Padahal umur aku dah 24 ok! whaha!! Orang lain tak tahu kan. So aku akan nampak muda & comey selalu.. Jeles kan!


Moral of this story ~ Korang bangga lah dengan dir ikorang sendiri ok! Jangan jadi diri orang lain, jadi diri sendiri is much much better.

* Aku paras paras palang baju tu je k! *


Monday, March 14, 2011

Bila mummy ZAZa jumpa umi LILIAN !

Posted by bemymine at Monday, March 14, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Assalamualaikum W.B.T


Alahai sopan nya lah anak cik inai neh kan kan kan.. Okeh!! Okeh!! Now time kerja, tapi kan aku dah cakap aku malas nak buat kerja sekarang neh kan.. Jadi, memandangkan FB terlalu lah slow ibarat kura kura tempang. Jadi aku log out FB then aku log in Blog.. LOL!

Sebenarnya aku nak upload pic aku bersama dengan umi lilian & NUR IWANA QAISARA dalam FB. Tapi sebab alasan di atas aku terpaksa @ dengan berbesar hati aku pun story morry sikit la pasal aku & kak lili neh! Rindu weyyhh kat dia..

Masa aku balik pahang last week, aku berkesempatan jumpa kak lily neh! Ingat nak buat suprise kat dia, last last aku yang TERsuprise sebab tetiba dia yang tegor den! huh! hampeh ko kak!! huhuhu..

Banyak mende yang kami chit chat kan. Almaklumlah, lame gillllleeeerr kami tak jumpa. Rindu siyottt nak sekeh sekeh kak lily neh! **mampus aku lau die baca neh** . Dari cerita psal tEEEEtt, sampai la ke tuuUUuuT dan terus cerita ke ttIIIIIiiiT.. huhuh! Apekah? Rahsia kami. Dan aku sempat bertanya dekat kak lily :

Zaza : Akak, best tak kawen?

Lilian : Ngape? Da gatai nak kawen?

Zaza : Tak de lah. Tanya jer la.

Lilian : Best.. Tapi kalo boleh, jangan duduk 1 rumah dengan mak mertua *& the rest is history*

Kak lily nie dia giler giler sikit. Walaupun umur dah ttEEEtt tapi best kawan dengan dia. Seronok. Teringat time time kami duduk 1 rumah. Pergghhh!! sure dia marah lau aku cerita neh! huhh.. Mahu kena denda tak boleh jejak bumi jengka enam ploh enam hari neh!

Macam macam weyyhh kami lalui masa duduk sama sama dulu. Isk isk isk.. Dari kami berjoget lambak, menjerit mengalahkan hantu langsuir nak pergi setting rambot sampai lah kami buat Video pendek *skema kau kecik*. Video apekah?? huahuahua!! Hanya aku & kak lily saja yang tahu.. Gilerrr nak bagitahu, kang bergogar den punyo opis neh kang dek si lily punyo joritan yang mengalahkan bunyi speaker kenduri kawen tu! Serammmm okeh!!

BTW, ini aku nak upload sikit gambar kami, aku, kak lily & puteri dia Nur Iwana Qaisara.. Chuumell sangat! Nie yang buat aku bertambah tambah gedik nak kawen!! LOL!!



Mummy ZAZA, Qaisara & Umi Lilian. Kak Lily cakap 'kompom ina berdarah tengok gambar Qaisara neh'.

Aku dengan Qaisara sama sama chumell kan..

Pesanan : Ina, jgn berdarah okeh!

Pose terakhir dari kami!


P/s : Bibir boleh bohong, tapi hati tak boleh menafikan apa yang kita rasa!

Sunday, March 13, 2011

Kenapa aku tak nak pakai kereta lagi !

Posted by bemymine at Sunday, March 13, 2011
Reactions: 
4 comments Links to this post
Salam u oll's..

Terkejut terkujat & terkulat tengok aku update entry lagi hari nie? huaaaa! acteli aku da malas da nak buat kerja kat office neh. Malas sangat Owh. Lebih kurang macam malas tahap 'harimau yang dah kekenyangan LOL! dasat peribahasa maut ko!

Tengok tajuk aku pun korang dah dapat agak apa yang aku nak tulis kan, tapi SUKA HATI aku lah kan. OK! aku da macam naik bosan da bila orang tanya 'kecik, nape tak amik kereta'? 'kecik, amik kereta kan senang sikit' dan tak lupa gak ada yang berbaik hati tolong kira bahagi campur tolak kan gaji bulanan aku dengan costing yang aku kuar kan untuk bayar tambang pakcik pakcik teksi aku tu..

Tapi aku tak salah kan dieorang, sebab aku pegang kata kata dieorang. Aku akan ambil kereta jugak 1 hari nanti. Just wait &see ok! sabar lau aku da ada kereta aku bawak korang semua. LOL. ingat bas ke??

Last entry aku ada bagitahu korang kenapa aku tak nak pakai kereta lagi kan. Disini ada beberapa input input *skema sangat kau kecik* penting untuk aku kongsi bersama. Chewaah! ayat macam nak mintak pelempang jarak jauh dari bapak aku je kan..

Antara sebab sebabnye adalah :
  • Lesen - aku tak de lesen lagi, macam mana nak bawak kereta? aku dah amik dah lesen L, tapi baru separuh. LOL! Tak kan aku nak bawak kereta tapi tak da lesen kan. Lau kena saman KORANG bayar ok!!
  • Mentel Tak Kuat - lebih mejurus *jurusan seni silat* kepada PENAKUT! saja tak nak mengaku la yang aku ni penakut ok! yealah, tiap tiap hari aku ada driver yang bertukar tukar **kaya kan aku** (TEKSI). Dan pemandu pemandu teksi nie Nauzubillah. Cilok sana cilok sini. Pengaruh movie Cilok la kot die orang neh. Kadang kadang aku terfikir, 'dieorang neh eX-dRiffteR ke??'. Memang berdebar debar okeh!

  • Ballance account tak mencukupi - dalam erti kata lain, belum layak. Sebab, if aku terburu buru nak ambil kereta, if one day nanti aku terMISS nak bayar duit bulanan kereta, roadtax, insurans, minyak kereta, saman, sape nak tolong bayarkan? korang??? memang tak la kan. Senang cakap, gaji aku cukup cukup makan je, Yealah duduk dekat bandar metropoliteknik neh? Eh silap metropolitan ni banyak pakai duit. Sapa sapa yang duduk kat KL nie, orang tahu lah macam mana kan.

  • Tak cukup ketinggian la -Aku kan boleh dikategorikan sebagai calon calon orang cute seantero dunia kan *pannnnnnnnnnnnnggggggggg!*. Ada yang tanya aku "kecik, kalau ko amik kereta, sampai ke kaki ko nak pijak pedal pedal yang ada tu?". Lagi 1, "sampai ke tengok kereta depan tu? nampak ke?" Dan yang paling kejam "mesti orang ingat kereta ko tu gerak sendiri kan, yea lah dari belakang tak nampak pun drivernyer". Kejam ok! Menusuk jiwa raga & kalbu aku taw! sob sob sob..

  • Pilihan - Aku kalau boleh nak pakai kereta idaman aku la. Bukan apa, senang cakap. Aku punya kereta idaman adalah Ferrari *lempang enampulohenam kali ok* (tujuh keturunan pun kau belum mampu oii kecik nak pakai ferrari!). Tak adalah, aku minat kat kereta Swift! nampak GEDIK je kan kereta tu. Aku tak nak la bila aku pakai kereta sekarang, a few years lepas tu aku tukar kereta pulak. Macam tak berbaloi baloi je kan. Lagi satu, tak kan nak pakai 2 biji kereta? kaya kau noks! Jadi cara terbaik aku adalah BERSABAR!!
Okeh lah, tu je ulasan ulasan aku untuk hari nie. Pokok pangkalnyer 'UKUR BAJU KAT BADAN SENDIRI'. Paham paham sendiri la eyh korang.

Sila bertemu lagi dekat next entry okeh!


P/s :: Tau kat mana nak cari templet templet untuk blog yang chantek chantek!!!!

Wednesday, March 9, 2011

3 perkara yang membuatkan aku nak hentak kepala 99kali kat dinding !

Posted by bemymine at Wednesday, March 09, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Assalamualaikum W.B.T

Hambiii hamboii hamboii sopan ya amat ini budak.. kikiki... Anak sapa la neh kan.. Opkos la anak mak abah haku!! Opss, uollss dah bekpes? **aku update pagi okeh dat y tanya da bekpes** Aku bekpes nasi goreng & Milo O ais kaw3 punyer!! huhh..

Now, aku nak share is caring pasal pe yang buat aku time pagi pagi rasa nak hentak je kepala hotak aku kat dinding. ok, just check it out ya!!

  • Pagi pagi bila pergi kerja, uncle uncle teksi akan tanya. 'kenapa tak amik kereta je, kan jimat'. okeh! next entry nanti aku bagi tahu okeh pe sebabnyer..

  • Aku stress bila aku dapat some project yang boleh wat aku punyer sales quota lepas tapi managemnt tak approve. memang bengang tahap gaban la kan.. If tak boleh buat project tu means komisen aku tak der. Bila komisen aku tak de, macam ne aku nak shopping baju. ngeee!!

  • Haaaa! mende nie yang buat aku nye sereblum & serebelum mengembang bila berFB dengan kawan kawan aku time sekolah dulu. Expecially dengan Katek & Oyah melayan kesengalan dieorang dicampur pulak dengan hotak aku yang setting da lari nie boleh buat semua kuman kuman dalam perut menangis sebab gelak terlebih. Dan a few kawan kawan masa PLKN.. Perrghh!! Rindu sangat sangat okeh kat korang..

Itu je yang aku nak letak dalam entry aku kali neh. Next entry aku bagitahu sebab sebab kenapa aku tak pakai kereta lagi okeh! just waiting ya..




P/S :: aku suka layan lagu lagu ELLA sekarang..

Tuesday, March 1, 2011

mengHURU-HARAkan diri

Posted by bemymine at Tuesday, March 01, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam...

A few days nie, pale asyik pening je nak.. Sebab pe?? Nk tau ke?? Tak payah la ek.. wahha!! Aku kejam ok!!..

Sedikit BZ la beberapa hari ni, BZ bukan buat keja office.. Tapi BZ buat parttime bisness tu.. Ala yang jual jual baju tu.. Korang da add belum FB aku tuh?? haa blm?? g add sekarang.. Arahan ok!! uwahaha..

Bukan BZ pe, BZ amik order & upload gambar.. Then arrange time nak pos barang tu.. Nak tally kan wet kuar masuk.. uwaa!! macam nak menangis.. Tak pe, sabarlah wahai kecik yang comey *pang, pengsan asenye*.. Ada lebih dan ada kurangnya.. Ermm.. ini baru permulaan..

Insyaallah, akan ada brand dari ZAZA LURVE CLOSET sendiri.. Insyaallah.. Mudah mudahan.. Doa doa kan lah yea..

Sekarang nie, tengah mengatur planning.. Tak nak terburu buru nanti semua jadi kucar kacir & satu benda pun tak jadi.. Aku ada tanya dekat seseorang yang dah ceburi bisnes nie, dia cakap 'planning betul betul, sabar & fokus'..

& now sedikit BZ cari supplier umtuk baju cantik cantik & harga tak terlalu mahal..

p/s :: Doakan aku berjaya ok!!
 

kecik membebel Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting