Monday, April 25, 2011

jangan cakap KAU kenal insan yang bernama KECIK !

Posted by bemymine at Monday, April 25, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Selamat pagi wahai penduduk Malaysia dan serantau asia..

Assalamualaikum..


Pergghh.. kemain panjang kan tajuk entry haku kali ni. tak kisah la. dah itu yang terlintas dekat medula oblongata haku.. ape itu medula oblongata? entah, burger oblong dekat rumah haku tu haku tau la.. hahaha...


Yea.. memang tak ada seorang dekat dunia ni tahu siapa insan yang bernama KECIK nie sebenanrnya. dan kadang-kadang haku pun tak tahu haku nie siapa. Amnesia. dan kadang-kadang juga haku tak tahu apa yang haku nak kat dunia nie. apa kena dengan hhaku nie. kadang-kadang juga haku terasa bagai diawangan-awangan. feel so free in the air.


Ada seseorang tu cakap bahawasanya dia mengenali haku luar dan dalam. EXCUSE ME!!! u never never ever know siapa haku kerana haku pun tak kenal siapa haku. dan haku tahu hanya my lovely mum dan daddy kenal haku siapa. dan ALLAH S.W.T.


Dan kalau kau kenal haku, patut ke kau cakap haku pergi clubbing? FINEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!! mungkin ko tengok haku nie on off pakai tudung so terus ko nak judge haku nie keluar masuk clubbing ke?? waterpark! watermelon! hot spring water!..


Sorry okeh, even haku nie on off pakai tudung. tapi haku tak pernah pun jejak kaki kat tempat-tempat macam tu. dan even kawan-kawan haku ramia yang pergi tempat macam tu. so aku peduli hapeee. aku hanya kawan dieorang dan haku tak ada HAKKKK nak larang apa yang dieorang nak buat okeh dan macam tu jugak engkau okeh! *hambik kau, takde noktah*.


Kalau kau kenal haku luar dalam, kau tahu ke apa yang haku nak sekarang nie, kau tahu apa yang haku rasa sekarang nie? memang kompom kau tak tahu!! kau tak tahu nie, tak pe nie haku bagitahu. AKU NAK MAKAN COKLAT MOIST.. LOL!



So jangan sesekali kau cakap kau kenal haku luar dalam okeh!! i warn u..



p/s : continue luahan hati bersambung sebentar lagi!

Wednesday, April 13, 2011

Come join me shopping at RENNES CLOSET ! Berbaloi-baloi..

Posted by bemymine at Wednesday, April 13, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Hyeee all,



Sekarang, cuma click dekat mana mana gambar yang korang suka, bagi code number, minta owner punya bank no, then bank in duit then besok korang dah boleh dapat barang yang korang suka. So easy kan.. Macam iklan rambut rebonding tu, 'guna jari pun boleh' , tapi for online korang cuma click click click je. Segalanya dihujung jari anda kan kan kan..


Terlalu banyak sekarang online shoppe kat dalam alam maya neh. Facebook, My space, Website korang cuma pilih je. Tapi aku lagi prefer shopping at Rennes Closet sebab all the item fresh. Dats means, all item fresh from supplier.. Aku tak nak membebel lagi, now korang just tengok je pic pic yang korang suka dekat FB RENNES CLOSET or WEB SITE dia okeh!!


Aku suka shopping dekat Rennes sebab, aku boleh ambil terus dari rumah dia. *discount*. Then dia boleh share mana satu baju yang suitable dengan body korang. Alah, sekarang kan banyak inner & legging. For muslim, korang boleh mix & match kan. Macam aku selalu buat. Korang pakai lah dengan inner @ leggings.
So, korang tetap boleh berfesyen kan.


So, lets check out all the picture ya.. :-))


i love this clothes. i want KIV this. Can mix & match with inner & leggings.



Nice right??

This one also..






really2 nice..



Nice right.. so if u all want buy all this item just click at this only Rennes Closet.. i really2  love it..



P/s : still counting, berapa banyak baju yang aku dah beli dekat online shoppe beliau..


Tuesday, April 12, 2011

Bukan tangga timpa aku tapi aku yang timpa tangga !

Posted by bemymine at Tuesday, April 12, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post

Assalamualaikum....



Kehadapan hadirin dan hadirat sekalian alam. Ada gaya penceramah tak? ada tak ada tak!! Kompom ada. Makin sesat ada lah orang orang yang pergi ceramah aku nanti, terus kesedaran sivik tak ada yang ada kesedaran fizik. LOL!



Hari ini, 13th APRIL 2011 bad day untuk seorang insan chomel bernama kecik. *pannnnnggg sikit okeh, perasan tk habih habih..  Suka hati limpa hempedu haku la kan.. Nak tau tak kenapa?? Aku jatuh tangga weyyhhhh!!. Nak kata aku pakai high heel haku yang 4inch tu memang tak la, haku pakai sandal yang tak sampai half inch je okeh!!



Ceritanya : Pada suatu pagi dimana haku datang lambat *kantoi*. Sedang aku naik tangga dimana office aku kat tingkat 3 so aku dengan gaya model (model slipar) pun naik lah tangga dengan jayanya, TAPIIIIII yang sedihnya tak sampai separuh anak tangga, entah macam mana aku boleh terMISS 1 anak tangga yang boleh buat aku nyaris nyaris terKISS tangga itu. Ouuuucchhh! Sakit siyotttt.. Lutut kena batu.. Maaaaaakkk kutut kakak sakit. *Dah sakit baru nak ingat mak kau*



Buah langsat kau tangga. It's human being, if dah tau salah sendiri mesti nak salahkan orang lain macam aku salah sendiri tapi aku salahkan tangga. Yeaaaa!! memang salah tangga, sape suruh buat kau jatuh.. Kenapa tangga tu tak kat tempat lain?? kenapa kenapa kenapa??  wahahahah!! kejam kau kecik!!



Disebabkan aku terJATUH tangga pagi tadi, separuh MILO O AIS aku tumpah, nasib baik tak kena dengan bihun goreng aku. Kalau tak, kompom aku pecahkan tangga tu then letak tempat lain. LOL!! Pastu aku nak naik office aku lalu ne?? Panjat tangga ikut belakang office? HUH! tangga lagi..



Habis lutut aku lebam, jalan pun dah macam Hantu Cik Melah Pergi Office dah tau tak.. Terasa
seluruh urat saraf aku rabak. Ececeh... Jatuh sikit, sakit dah macam kena langgar trelar 16 tayar. Waaahh kemain.. Siyes sakit okeh!! Kalau mintak MC agak agak lepas tak weyhh!!..



~ Nak buat kerja lah weii, kerja kena buat. Ceh! Wayang jerk~


P/s : Berhati hati di jalan raya, ingatlah aku sentiasa okeh!!!

P/s : Thanks to my love friend Faeza coz suka blog aku yang tah hapa hapa neh!!


Pengertian SAHABAT pada insan yang bergelar KECIK !!

Posted by bemymine at Tuesday, April 12, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post

Assalamualaikum..



SAHABAT.. Apakah erti sebenar sahabat atau dalam bahasa omputih nye BFF (Best Friend Forever).. If korang nak cari dalam kamus dewan pun ley. Cari dekat chapter ke10 muka surat 201.. hahaha!! aku tipu aku tipu.. Untuk bergelar sahabat, kita mesti cantik / hansem / kaya / duit ber kepok-kepok dalam poket suar / pakai perfume mahal-mahal acteli no no no yang penting hati mau bersih. Kalau hati serupa itu longkang, kamu kamu kamu dan kamu tidak layak sama sekali menjadi BFF okeh!! Amaran keras oleh persatuan persahabatan sedunia.. LOL!

Memang susah untuk kita dapat seorang sahabat yang betul memahami, mengambil berat, supportive, berkongsi kegembiraan, kesusahan serta kedukaan. Lebih senang jika aku panggil sahabat sejati...

Ada beberapa jenis sahabat yang hanya tahu erti kegembiraan bersama, tapi kesedihan? nope! entah hilang kemana.. Ada juga jenis sahabat yang hanya mahu berkongsi kesedihan bersama-sama tapi pabila sidah gembira zzuuppp hilang tanpa jejak. Jejak kasihan pun tak boleh nak trace dah! Hilang entah kemana. Tapi yang paling menyedihkan bila ada sahabat yang tikam belakang, bukan bunuh-bunuh tu ok tapi jenis mulut tak de insurans. Meh aku belikan insurans, nak prudential, am insurans, takaful, cakap je kat aku. Aku suggest tapi ko yang bayar.

Sahabat adalah tempat untuk kita meluahkan segala jenis masalah even masalah kucing beranak kembar pun nak bagitahu, masalah kuku patah pun nak mengadu dekat BFF, apetah lagi masalah dengan BF/GF masing. Time meluahkan masalah itu lah terkeluarnya cerita cerita yang pelik bin ajaib. Dan time ini jugalah drama air mata mula terjadi.. Habis berkotak kotak tisu premier dijadikan pengelap cendoii.. hahahah!!

Peranan sahabat juga tersangat lah penting dimana perlu menjaga segala hal peribadi BFF mereka. it's like PA tak bergaji la. Keep all secret about ur fren. Kenapa? kerana kita lebih selesa mencerita kan peribadi kepada BFF kita kan. Even tak semua hal peribadi kita ceritakan tapi little bit pun ada juga kan. Tolong lah berkata 'YA'.. Paksaan okeh!! TETAPI jika sahabat itu bermulut bocor? longkang? dats menas korang dah pilih salah BFF. So sad kan kalau kita dapat sahabat macam tu? YUP, really really sad..

**Kemain panjang aku membebel pasal SAHABAT**


Sahabat juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana jika kita tersalah pilih sahabat jalan hidup kita akan terpesong tapi tak bermakna, jika berlaku apa-apa ianya disebabkan oleh sahabat kita seratus peratus tapi ianya atas diri kita juga. Kalau dah nampak kawan kita terjun bangunan, takkan kita nak ikut. Betul tak?? Semuanya terletak atas diri kita.

Alhamdulillah, dah macam macam kawan yang aku jumpa. Dan dah macam macam perangai yang aku hadapi. Pokok pangkal nye, kita kena BERHATI HATI MEMILIH kawan ya...

Oklah, jumpa next entry okeh



P/s : thanks to doc intan yang dah komen my blog.. komen yang membina.. thanks alot my friend dr.intan


Sunday, April 10, 2011

Ku gila templet !

Posted by bemymine at Sunday, April 10, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Assalamualaikum...

Entry ke2 pada hari ini. Macam takde koje je kan haku neh. Padahal kemain banyak keje yang aku pending. Almaklum lah, hati tiada di tempat koje, so jadi macam nie la.. delay delay & delay.. HUH!!..

Pe haku wat dari pagi adalah aku mencati templet untuk blog aku. Tak habis2 dengan templet kan. So, whos care??? suka hati lah kan.. So uolls akan selalu nampak templet haku bertukar tukar macam biskut!! now aku tengah study macam ne nak wat header haku sendiri.. Usaha tangga rumah haku. So if kita tak belajar, macam ne nak tau kan kan kan.. Punya lah banyak tutorial kat MR.GOOGLE uolls pilih je la ek..

Mata haku da stim stim ayam je nie. mahu guringan tahulah?? apekah itu? korang pergi lah tanya kat member member tau dialek BANJAR!..

*bila tidur kadang kadang ingat kerja, tapi bila kerja selalu rindu kat blanket~!! LOL!




new of me !

Posted by bemymine at Sunday, April 10, 2011
Reactions: 
2 comments Links to this post
Selamat pagi malaysia..

Lama bebenor aku tak hapdet blog kan.. This is new entry for april.. BTW, aku dah potong rambot!!! Tu pun nak kecoh kan. So ada aku kisah ke?? Suka hati, limpa, hempedu aku la..

Dah terlalu lama aku berambut panjang, so dah tiba masanya aku decide nak wat new coming of kecik. Later aku upload pic terbaru aku okeh!! Not bad gak lau rambot pendek kan.. Perasaan perasan kian terserlah.. haha.. pape je lah!

korang tgk je la k rambot baru aku.. before & after.. aku tak sempat nak edit ok!! so, ini original pic aku..

*BEFORE*

*AFTER*

Gelaklah korang.. yg after tu before aku wat teknik 'guna jari pun boleh'.. haha, so aku panggil rambut cendawan butang.. LOL!!..


P/s :: Jangan nak berlagak sombong dgn aku k. i warn u!
 

kecik membebel Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting