Thursday, August 11, 2011

Kau jangan nak banyak komplen!!

Posted by bemymine at Thursday, August 11, 2011 0 comments
Assalamualaikum..

Hari ini hari ke-11 kita berpuasa.. Ada sesiapa tak puasa?? Ermm.. Tepuk dada tanya iman yea kawan-kawan..


Hari ini 11/8/2011 aku dapat 3 bungkusan iaitu Contact Lens.. Yeeehuuuu.. Niat di hati nak pakai time raya nanti, tapi macam dah tak sabar je nak pakai time raya.. Huhu... Aku order 5 pairs lens.. Lain-lain pattern.. Huhu.. Cantikkk.. *sorry, gambar lens tak boleh upload, line internet sini lampi sangat2*...


Cerita nya, aku tolong la budak-budak office aku order lens, sebab aku order kan, so ape la salahnya kalau order sekali kan. iyea la. da aku order banyak kan, so ape salahnya aku amik order sekali.. Tiap-tiap hari tanya aku, bila lens nak dapat, bila lens nak dapat.. Ermmm. Aku jawab 'tunggu yea'.. Bayangkan, hari-hari tanya aku menda yang sama.. Boring okehh.. Tapi aku sabar je la kan.. Sebab lens aku pun tak dapat lagi..


Masa yang ditunggu sudah tiba, lens dah dapat.. Yehuuu.. Seronok okeh!!.. Tup-tup tang minah sekor nie dia ley komplen lak, 'weyhh, asal lens aku tak cantik weyhh, aku order wane grey, asal yang dapat wane hitam'.. Maakk aiikk, dalam hati aku jawab, 'ekau nie rabun warna ke pe?? kan tu warna grey, dah ko pilih design grey yang tak berapa terang, sape suruh weyhh'.. Alamakkkk bikin kecoh la..


Lepas tu dia tak puas hati lagi, mintak link online shop yang aku order tu, dia nak check sendiri.. Alamakk kau., mengelabah siyotttt.. Bukan harga lens tu RM250.00 pun, RM25.00 je kan.. Kau mengelabah macam harga lens kau tu ribu-riban kot.. Manusia3x..


Moral off this : lepas ni, aku tak nak dah ambil kan order untuk kau wahai minah cerewet.. Lebihhh la lu.. huh!!


Tuesday, August 2, 2011

Aku Rindu !!

Posted by bemymine at Tuesday, August 02, 2011 3 comments
Assalamualaikum...

Ermmm.. Hari nie dah masuk ramadhan yang ke3.. Tapi so sad sebab aku tak bangun sahur.. Tido mati katanya.. Uwaaaa.. Tapi tak apalah, yang penting sebelum tido aku dah baca niat.. Boleh tahan ke sampai petang nehhhhh!! Harap-harap boleh la.. Aku kan kuat!!!


Duduk dekat bandar metropolitan nie, *metro la sangat, harian metro adalah* aku terlalu rindukan zaman-zaman berbuka puasa dengan family. My family dekat BP, aku dekat KL.. Walaupun tak jauh, setakat naik bas Tranasional tu 3 4 jam dah sampai dah kampung halaman aku. Tapi sebab kekangan kerja, aku terpaksa lupakan niat murni aku tu. Mak dah pesan awal-awal "kak, nanti balik bila dah nak raya je k. Save sikit wet tu".. Opss!! ok mak!!


Aku rindu sangat dekat myfamily, paling rindu bila mak masak ketam masak lemak cili api.. the best ever!! Rindu nak buka puasa bersama-sama.. Rindu nak keliling makanan ramai-ramai. Rindu nak bergurau-gurau, bergosip-gosip. Rindu dengan segala-galanya.. Paling rindu bila dengar mak membebel. Abah?? jenis diam je. Atau lebih tepat lagi, abah tengok kan je perangai anak-anak macam mana, if dah tersasar jauh.. Haaaaaa!! amik kau, bila abah mengamuk!! nauzubillah!!! so i have behave myself.. i have!!


Rindu nak pergi bazar ramadhan, nak beli makanan banyak-banyak then makan sama-sama dekat kedai mamak, tak mamak pun boleh gak.. hahaha.. Rindu nak bukak puasa dengna mybest friends. Tapi dia ....... Just forget it!!!


Paling rindu di antara rindu-rindu yang ada, *selain dari rindu myfamily* adalah berbuka puasa dengan myBF, the one and only.. Iskandar Kairi.. Order makanan tak hengat dunia, tapi nasib baik habis. Almaklum lah, puasa.. So semua makanan nampak sedap dan memberangsangkan je kan.. nafsu!! nafsu!!!


So, pendek tak kata, panjang pun tak.. aku rindu saat-saat aku dekat kampung.. Tapi sabar lah, sebab aku tengah planning nak stay dekat kampung.. Insyaallah.. Planning nak cari kerja dekat sana.. So dekat dengan myfamily, dekat dengan myBF.. Rindu woooo jauh-jauh nie..


Senang kata, AKU RINDU SEMUA!!!

Monday, August 1, 2011

Aku seorang pembazir !!

Posted by bemymine at Monday, August 01, 2011 1 comments
Assalamualaikum sayang-sayang kecik,,

Teramatlah lama kecik tidak menghapdet laman sesawang ni (sawang lah sangat), bukan apa, tapi sebab kecik pindah office, internet connection problem, PC jammed, dan bermacam-macam masalah lagi lah yang timbul.. Tak apa, sekarang kecik dah boleh online kan tapi kena la curi-curi.. ahahah.. Biasalah, pekerja berDDKC lah katakan.. *DDKC lah sangat kau kecik*..  Tapi apalah sangat, setakat bos kecik tu, kalau tak bagi kecik online, sekali jentik je terus melambung ke Bangladesh.. Terror tak?? Koya je lebih ok!!


By The Way, untuk permulaan bicara kecik nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN.. Alhamdulillah, setakat 2 hari berpuasa iman kuat lagi even mata dok menjeling-jeling dekat gambar makanan.. hahaha.. parah2..

Kamu, mereka dan awak pernah tak mengalami masalah kewangan? tentu nya ada bukan..  Sama dengan lah dengan kecik. Tapi alhamdulillah, gaji bulan nie kecik dapat lebih dari biasa. Tak ada lah banyak, tapi boleh lah untuk bershopping baju-baju raya.. Opsss, jangan ingat kecik buat MLM yea. Tak ada sangkut paut pun..

Ringgit Malaysia, duit, wang atau money dalam bahasa omputih nye.. haha.. Boleh membuatkan kita lupa daratan atau lautan.. Kita alpha dengan simbol wang itu sendiri, apetah lagi bila hasil yang kita dapat itu lebih dari biasa atau pun sudah tiba rezeki kita untuk dapat hasil yang sedemikian..

Dan apabila kita sudah dapat duit yang kita idamkan, haaaa apa yang jadi?? Aku adalah contoh nya..

Pertama : 'aku akan usha kedai-kedai yang menjual pakaian, kasut, handbag dan terus membeli tanpa rasa was-was'. hahaha

Kedua : 'oleh sebab aku ada seorang yang bermata empat, maka dengan tanpa segan silu nya aku akan membeli contact lens dengan sesuka hati aku je, sometimes 3 -5 pairs per month'..

Ketiga : ' aku akan mula membazir, beli makan ikut suka perut aku jer, padahal makan cuma 2 3 suap je!!' marahlah aku..!!!

Keempat : 'oleh sebab sekarang nie zaman membeli secara online, so aku dengan rasa tamaknya mula membeli baju-baju yang tak tentu hala.. hahaha.. Ada beberapa pasang baju aku cuma pakai sekali sahaja, lepas tu letak tepi..


Sudahlah, cukup lah aku mengutuk diri aku sendiri.. Dan apa yang aku fikirkan masa mengunakan wang secara sesukahati , aku fikir 'sukahati aku lah, duit aku, aku kerja untuk dapatkan duit dan inilah masanya untuk aku gunakan duit aku'.. AKU SEORANG PEMBAZIR KAN!!!


Tapi, alhamdulillah aku berikrar untuk mula saving my money ke arah yang lebih jitu.. Cheewaahh!!! Sebab sekarang ni adalah masa untuk aku clearance stock aku punya almari, dan aku dah pun mula pos banyak helai baju-baju dekat kampung *sure kena bebel dengan mak*..


P/s : Ingatlah, bila kita banyak duit ingat lah time kita susah, dan bila kita susah, berusahalah untuk dapatkan duit dengan banyaknya then pass kat aku sikit ya!! kita fren-fren kan..
 

kecik membebel Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting