Thursday, August 11, 2011

Kau jangan nak banyak komplen!!

Posted by bemymine at Thursday, August 11, 2011
Assalamualaikum..

Hari ini hari ke-11 kita berpuasa.. Ada sesiapa tak puasa?? Ermm.. Tepuk dada tanya iman yea kawan-kawan..


Hari ini 11/8/2011 aku dapat 3 bungkusan iaitu Contact Lens.. Yeeehuuuu.. Niat di hati nak pakai time raya nanti, tapi macam dah tak sabar je nak pakai time raya.. Huhu... Aku order 5 pairs lens.. Lain-lain pattern.. Huhu.. Cantikkk.. *sorry, gambar lens tak boleh upload, line internet sini lampi sangat2*...


Cerita nya, aku tolong la budak-budak office aku order lens, sebab aku order kan, so ape la salahnya kalau order sekali kan. iyea la. da aku order banyak kan, so ape salahnya aku amik order sekali.. Tiap-tiap hari tanya aku, bila lens nak dapat, bila lens nak dapat.. Ermmm. Aku jawab 'tunggu yea'.. Bayangkan, hari-hari tanya aku menda yang sama.. Boring okehh.. Tapi aku sabar je la kan.. Sebab lens aku pun tak dapat lagi..


Masa yang ditunggu sudah tiba, lens dah dapat.. Yehuuu.. Seronok okeh!!.. Tup-tup tang minah sekor nie dia ley komplen lak, 'weyhh, asal lens aku tak cantik weyhh, aku order wane grey, asal yang dapat wane hitam'.. Maakk aiikk, dalam hati aku jawab, 'ekau nie rabun warna ke pe?? kan tu warna grey, dah ko pilih design grey yang tak berapa terang, sape suruh weyhh'.. Alamakkkk bikin kecoh la..


Lepas tu dia tak puas hati lagi, mintak link online shop yang aku order tu, dia nak check sendiri.. Alamakk kau., mengelabah siyotttt.. Bukan harga lens tu RM250.00 pun, RM25.00 je kan.. Kau mengelabah macam harga lens kau tu ribu-riban kot.. Manusia3x..


Moral off this : lepas ni, aku tak nak dah ambil kan order untuk kau wahai minah cerewet.. Lebihhh la lu.. huh!!


0 comments:

Post a Comment

 

kecik membebel Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting