Tuesday, April 12, 2011

Pengertian SAHABAT pada insan yang bergelar KECIK !!

Posted by bemymine at Tuesday, April 12, 2011
Reactions: 

Assalamualaikum..



SAHABAT.. Apakah erti sebenar sahabat atau dalam bahasa omputih nye BFF (Best Friend Forever).. If korang nak cari dalam kamus dewan pun ley. Cari dekat chapter ke10 muka surat 201.. hahaha!! aku tipu aku tipu.. Untuk bergelar sahabat, kita mesti cantik / hansem / kaya / duit ber kepok-kepok dalam poket suar / pakai perfume mahal-mahal acteli no no no yang penting hati mau bersih. Kalau hati serupa itu longkang, kamu kamu kamu dan kamu tidak layak sama sekali menjadi BFF okeh!! Amaran keras oleh persatuan persahabatan sedunia.. LOL!

Memang susah untuk kita dapat seorang sahabat yang betul memahami, mengambil berat, supportive, berkongsi kegembiraan, kesusahan serta kedukaan. Lebih senang jika aku panggil sahabat sejati...

Ada beberapa jenis sahabat yang hanya tahu erti kegembiraan bersama, tapi kesedihan? nope! entah hilang kemana.. Ada juga jenis sahabat yang hanya mahu berkongsi kesedihan bersama-sama tapi pabila sidah gembira zzuuppp hilang tanpa jejak. Jejak kasihan pun tak boleh nak trace dah! Hilang entah kemana. Tapi yang paling menyedihkan bila ada sahabat yang tikam belakang, bukan bunuh-bunuh tu ok tapi jenis mulut tak de insurans. Meh aku belikan insurans, nak prudential, am insurans, takaful, cakap je kat aku. Aku suggest tapi ko yang bayar.

Sahabat adalah tempat untuk kita meluahkan segala jenis masalah even masalah kucing beranak kembar pun nak bagitahu, masalah kuku patah pun nak mengadu dekat BFF, apetah lagi masalah dengan BF/GF masing. Time meluahkan masalah itu lah terkeluarnya cerita cerita yang pelik bin ajaib. Dan time ini jugalah drama air mata mula terjadi.. Habis berkotak kotak tisu premier dijadikan pengelap cendoii.. hahahah!!

Peranan sahabat juga tersangat lah penting dimana perlu menjaga segala hal peribadi BFF mereka. it's like PA tak bergaji la. Keep all secret about ur fren. Kenapa? kerana kita lebih selesa mencerita kan peribadi kepada BFF kita kan. Even tak semua hal peribadi kita ceritakan tapi little bit pun ada juga kan. Tolong lah berkata 'YA'.. Paksaan okeh!! TETAPI jika sahabat itu bermulut bocor? longkang? dats menas korang dah pilih salah BFF. So sad kan kalau kita dapat sahabat macam tu? YUP, really really sad..

**Kemain panjang aku membebel pasal SAHABAT**


Sahabat juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana jika kita tersalah pilih sahabat jalan hidup kita akan terpesong tapi tak bermakna, jika berlaku apa-apa ianya disebabkan oleh sahabat kita seratus peratus tapi ianya atas diri kita juga. Kalau dah nampak kawan kita terjun bangunan, takkan kita nak ikut. Betul tak?? Semuanya terletak atas diri kita.

Alhamdulillah, dah macam macam kawan yang aku jumpa. Dan dah macam macam perangai yang aku hadapi. Pokok pangkal nye, kita kena BERHATI HATI MEMILIH kawan ya...

Oklah, jumpa next entry okeh



P/s : thanks to doc intan yang dah komen my blog.. komen yang membina.. thanks alot my friend dr.intan


0 comments:

Post a Comment

 

kecik membebel Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting