Tuesday, July 24, 2012

Berbicara tentang hati -

Posted by bemymine at Tuesday, July 24, 2012
Reactions: 
Assalamualaikum....

Salam Ramadhan kepada sahabat-sahabat muslim dan selamat hari selasa pada sahabat-sahabat non muslim...,


Tika ini, Ramadhan sudah masuk hari ke-4.. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bernafas dan  menyambut Ramadhan kali ini.. Syukran Ya Rabb..


Hati.. Apa ada pada hati.. Maaf kali ini aku berbicara sedikit serius.. Mungkin kerana rasa kurang enak dengan keadaan sekeliling atau keadaan diri aku sendiri... Keadaan sekeliling serta kamu membuat aku rasa mahu menjerit sekuat hati sampai satu dunia boleh tahu betapa tertekannya dengan keadaan sekeliling..


Semua orang dalam muka bumi ALLAH mempunyai hati, lengkap dengan segala organ dan pancaindera yang dikurniakan.. Syukran.. Gunakan dengan sebaiknya jangan disalah guna nanti buruk padahnya.. Dan aku juga punya hati.. walaupun aku macam tak ambil kisah tapi ketahuilah bahawasanya aku tetap mempunyai hati..


Ok, back to the track.. mungkin kau tak sedar yang kau telah melukai hati seorang perempuan.. dan aku adalah perempuan itu.. aku bukan tempat kau nak lepaskan perasaan marah kau, bukan tempat bila kau nak sesuatu kau cari aku, bukan tempat nak dengar segala jenis amarah.. aku juga punya hati.. mungkin dulu aku boleh bertahan, tapi sekarang aku dah rasa give-up, aku rasa letih, aku rasa penat dengan semuanya.. dan kau??? ada kau tanya ape yang aku rasa? NOTHING!!!


Jangan mengungkit siapa aku dahulu, tapi terima siapa aku sekarang.. semua orang tidak sempurna.. semua orang pernah melakukan kesalahan, semua orang pernah ada kisah silam, kisah hitam dan kisah buruk.. jadi ungkit-mengungkit bukan lah satu jalan penyelesaian dalam sesebuah perhubungan... IT'S NOT WORKING AT ALL..


Perhubungan memerlukan sikap toleransi diantara dua pihak.. it's not about u seorang.. its about u and me... how u and me dicide tentang our future.. tapi kalau sebelum kita decide tentang our future tapi kita dah
ada macam-macam masalah how come kita nak teruskan our relation?


Apa yang aku nak cuma seseorang yang boleh faham aku, yang boleh buat aku ketawa setiap hari, yang boleh buat aku menangis dengan kebahagiaan, yang boleh bimbing aku kearah yang diredhai, yang boleh menjadi sahabat, teman yang baik, yang tahu bahawa aku hanya insan biasa yang perlukan kasih sayang, yang perlukan perhatian dan aku perlukan cinta yang suci serta kasih sayang yang penuh untuk aku...


Dan aku hanyalah seorang wanita yang biasa...

0 comments:

Post a Comment

 

kecik membebel Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting