Tuesday, February 12, 2013

Officially - Cincin untuk si jari manis

Posted by bemymine at Tuesday, February 12, 2013
Reactions: 
0 comments Links to this post
Assalamualaikum....


Lama gilak tak hapdet blog yang dah lama bersawang siap ada labah-labah lagi.. Huhahuha... Dah masuk bulan February 2013 baru la nak hapdet blog.. Gaya macam sibuk bebenor aku ni..


Ok lah, tengok kulit album aku ni pun korang dah tahu pasal hape aku nak story morry kan.. Ehem Ehem Ehem... YEAA!! I'm getting maried!!!!!  Hoyeahhh... Over kan.. Hahaha *gelenggelengkepala*..


Sayang (aku bahasakan dia sayang je la ok!) mesej aku, suruh aku balik kampung cari cincin.. Aku baca mesej tu sambil gigilgigil tahu!! Gila kau gila kau gila kau!!!!!!!!


Situasi masa nak pergi  beli cincin..

Sayang  : Nak pergi beli kat mana?

Aku      : Nak cari kat BP Mall, Summit tak nak!! *sebab kat Summit Parade macam tak ada orang shopping je*


Terus pecut kereta pergi BP Mall, tapiiiiiii... mak aikkk tak nak banyak pulak kereta nak masuk BP Mall nie, ada Sale 90% ke? Aiyoyo...

Sayang : Pergi Summit je la, tak ramai orang, senang cari parking, senang jalan, senang segala-galanya..

Aku     : Ok.. *muka masam* #tak suka summit lah!! tp dalam hati je la..


Dalam summit tu semua kedai emas aku pergi dengan sayang, 1st time ni sayang tak membebel bila aku masuk semua kedai, kalau tak Ya Ammmpunn.. Redha! Sampai kat satu kedai tu :-

Situasi dalam Poh Kong ..

Salesgirl  : Miss nak cari apa?

Aku        : Nak cari cincin

Salesgirl  : Tunang or Nikah?

Aku        : Untuk merisik je.. *mata melilau lilau ni, cantik nye gelang tu, cantiknye rantai tu* #blinkblink

Salesgirl  : Jari u saiz ape?

Sayang   : Bagi yang paling kecik..

Aku        :  XYZsdrgkgj@#$%%^ #sabarsabar

Sayang   : Cepat pilih nak yang mana..

Aku       :  Pilih nak yang mana? yang mahal boleh? #klipklipmatakatsayang,

Aku       : Yang ni cantik tak?

Sayang  : Cantik

Aku       : Yang ni?

Sayang   : Cantik

Aku       : Ni?

Sayang  : Ok..


***Tak membantu langsung, bila dah berkenan kat satu design tu saiz pulak tak ada


Salesgirl : Bagi i cincin yang u pakai sekarang, i nak ukur saiz jari u..

Aku       :  *bukak cincin and bagi kat salesgirl tu

Salesgirl :  Waaaah! jari u keciknye, saiz 7 woo...

Aku       : *senyum senyum rusa je kat kaunter tu sambil mata melilau lilau tgk emas emas yang ada..


*** kat kaunter tu je ada 3 bentuk cincin yang aku pilih tp sayangnya kebesarang dgn saiz jari manis aku.. ok pilih lagi.. Sayang kat sebelah aku jadi tukang tengok je... Sampai lah, aku dah naik pening tgk emas emas kat situ aku pun pilih la 1 design yang simple je.. Tapi saiz 9, tp mujur la salesgirl tu cakap boleh kecikkan jadi saiz 8.. Kenapa 8 , kenapa tak 7 sedangkan jari aku saiz 7?


Salesgirl  : Cincin ni kena kecikkan sikit, saiz 7 ngam ngam ketat kat jari u or u nak saiz 8? longgar sikit..

Sayang    : Buat saiz 8, mane tau gemuk nanti kan..

Aku        : XYZ @#$$^&&*^%%!!

Salesgirl  : Tunggu sekejap yea..


***Sambil  tunggu dia kecikkan cincin, aku melilau lilau lagi.. cantik nye ni, cantiknye tu, besaaarr nyee,, perghhh harga dia..

Salesgirl  : Miss, ur cincin dah ready..

Aku        : Thanks #covercover **padahal kemain suka


***Sayang menjalankan tugas sebagai jurubayar untuk aku hari tu..



Nanti aku sambung kisah tragis aku masa majlis merisik tu ok.. Actually tak da majlis pun.. Nanti aku sambung ok!!




Tuesday, July 24, 2012

Berbicara tentang hati -

Posted by bemymine at Tuesday, July 24, 2012
Reactions: 
0 comments Links to this post
Assalamualaikum....

Salam Ramadhan kepada sahabat-sahabat muslim dan selamat hari selasa pada sahabat-sahabat non muslim...,


Tika ini, Ramadhan sudah masuk hari ke-4.. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bernafas dan  menyambut Ramadhan kali ini.. Syukran Ya Rabb..


Hati.. Apa ada pada hati.. Maaf kali ini aku berbicara sedikit serius.. Mungkin kerana rasa kurang enak dengan keadaan sekeliling atau keadaan diri aku sendiri... Keadaan sekeliling serta kamu membuat aku rasa mahu menjerit sekuat hati sampai satu dunia boleh tahu betapa tertekannya dengan keadaan sekeliling..


Semua orang dalam muka bumi ALLAH mempunyai hati, lengkap dengan segala organ dan pancaindera yang dikurniakan.. Syukran.. Gunakan dengan sebaiknya jangan disalah guna nanti buruk padahnya.. Dan aku juga punya hati.. walaupun aku macam tak ambil kisah tapi ketahuilah bahawasanya aku tetap mempunyai hati..


Ok, back to the track.. mungkin kau tak sedar yang kau telah melukai hati seorang perempuan.. dan aku adalah perempuan itu.. aku bukan tempat kau nak lepaskan perasaan marah kau, bukan tempat bila kau nak sesuatu kau cari aku, bukan tempat nak dengar segala jenis amarah.. aku juga punya hati.. mungkin dulu aku boleh bertahan, tapi sekarang aku dah rasa give-up, aku rasa letih, aku rasa penat dengan semuanya.. dan kau??? ada kau tanya ape yang aku rasa? NOTHING!!!


Jangan mengungkit siapa aku dahulu, tapi terima siapa aku sekarang.. semua orang tidak sempurna.. semua orang pernah melakukan kesalahan, semua orang pernah ada kisah silam, kisah hitam dan kisah buruk.. jadi ungkit-mengungkit bukan lah satu jalan penyelesaian dalam sesebuah perhubungan... IT'S NOT WORKING AT ALL..


Perhubungan memerlukan sikap toleransi diantara dua pihak.. it's not about u seorang.. its about u and me... how u and me dicide tentang our future.. tapi kalau sebelum kita decide tentang our future tapi kita dah
ada macam-macam masalah how come kita nak teruskan our relation?


Apa yang aku nak cuma seseorang yang boleh faham aku, yang boleh buat aku ketawa setiap hari, yang boleh buat aku menangis dengan kebahagiaan, yang boleh bimbing aku kearah yang diredhai, yang boleh menjadi sahabat, teman yang baik, yang tahu bahawa aku hanya insan biasa yang perlukan kasih sayang, yang perlukan perhatian dan aku perlukan cinta yang suci serta kasih sayang yang penuh untuk aku...


Dan aku hanyalah seorang wanita yang biasa...

Friday, June 29, 2012

Kabulkan hajat haku!!

Posted by bemymine at Friday, June 29, 2012
Reactions: 
0 comments Links to this post
Assalamualaikum...

Jeeenggg!! Jenggggg!!!... hahaha... Gilerr ape haku nie? Sakit otak barangkali..


Acteli haku cuma nak bagitahu, siapa boleh kabul kan hajat haku untuk makan PAVLOVA?? Yessss!! Pavlova.. Kenapa pavlova? sebab sebab sebab sebab PAVLOVA CAKE tu sangat comel dengan hirisan buah-buahan diatas cake tu, dengan krim, OMGGGGG!!! *Lapar* :-(


Tajuk entry mcm mintak kena lempang nam ploh nam kali je kan...


Kenapa lah aku takhade bakat untuk baking.. Asal baking je, mesti tak jadikk... Kalo jadik, kompom kompom haku dah terloncat loncat kegumbiraan.. Macam haku buat apam polka dot dot tu.. Loncat habis ok! Sampai abah haku cakap 'Kau gile ke kakak'? Baru dia tahu anak dia mcm mane kan.. huahuaha.. Ampun abah..


Haku sempat menGOOGLE tentang sejarah PAVLOVA.. Nampak tak, nampak tak betapa bersungguh-sungguh nye haku.. Ucapan tahniah pada diri sendiri okehh!!! yeaaa...


Pavlova berkaitan antara dua negara Australia dgn New Zealand.. Haku nak cerita sejarah pavlova lelebih tak boleh la kan sebab masa exam sejarah haku FAILLLL! jadi haku sangatlah tak layak nak cerita pasal sejarah sejarah nie.. Jangan kan sejarah pavlova, sejarah macam mana kampung haku ley dapat nama 'Parit Ulong' pun haku tak tahu inikan pulakkkk si pavlova nie...

Jadi sebagai langkah keselamatan agar sejarah pavlova nie tak tercemar akibat bebelan haku, nie aku ada attach sejarah pavlova yang aku rembat daripada En.Google

hasil nukilan En.Google


Dan sebagai penutup bebelan haku, aku bagi korang tatap gambar gambar yang buat korang punya ayaq liuq lelehhhhhhhhhh!!!! *aku dah lapar sebenarnya*


Fuuhhhh!! leleh lelehhhhhhh....


boleh buat haku batal puas cenggini **cehh, mcm puas lak kau kecik**




Gilakkk gilaakkk.... 


Jadi, moral of the story, siapa pandai buat silalah buatkan untuk haku okehh.. Haku bayaq hang lebih punyaaaaaaaaaa!!



Thursday, June 28, 2012

model tak cukup inci!

Posted by bemymine at Thursday, June 28, 2012
Reactions: 
0 comments Links to this post
Assalamualaikum...


Dah lama gila haku tak membebel dekat blog kesayangan aku nie.. Kuat membebel okeh haku nie.. Siapa dah tahu tu, diam diam sudah..


Sebenarnya, idea haku tak keluar malam nie nak membebel.. Tapi haku banyak gilaaaaaaak story story story nak story.. *faham faham sudah la yea ayat haku yang agak mabuk nie*


Anyway, i thing by this month haku ada buat sessi photography.. Untuk apa, hanya orang orang tertentu saja yang tahu.. Gilaaakkk batak la haku posing kan.. Macam macam gaya ada.. Haku ingat kan 'Posing + snap + done".. TAAAAAAPIIIIIII ya ampun.. Payah gilakkkk la...  Tu la, sape suruh kau berangan nak jadi model... Kau sedar tak yang kau tu TAK CUKUP INCI!! Tolong lah sedar..


So, korang layan lah gambar gambar time haku buat photoshoot nie okeh.. Nak gelak, sila gelak dalam hati.. jangan gelak kuat kuat nanti haku touching okeh...



Heel nie lah yang buat haku nampak lebih tinggi daripada biasa..


Haku dah bagi amaran dekat photographer tu utk bagi aku nampak tinggi 


 ** Bajet pandai posing je nie**


 **GIlakk poyo**


 **nampak tinggi tak? nampak tak??!!**


 ** gedikkk nye hakuuuu**


 Aku dangan budak nie sama sama comel kan.. hahahha... Pengsan jap..


yang nie aku pelik gaya ape.. Freestyle kot... 


 auuuuu chakk... sila lempang k, sebab bajet comel...


 Haku suka yang ni.. Gilakkk perasan la haku nie..


seksa tahu bari kat rumput nie.. gilakk tajam punya rumput 


saje nak promote kasut baru.. 


Ok!! dah habiss... peeeenattt banget deehhh...


Dah puas jamu selera.. Ehh!! jamu mata.. Gilakkk pyos kan haku.. i knoww... but, whos care?? Hade haku kesyahhhhh????


Sampai ketemu dilain masa... Assalamualaikum...

Tuesday, October 25, 2011

nothing !!

Posted by bemymine at Tuesday, October 25, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam...


Arggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! aku tak tahu nak percaya cakap siapa!!

ok.. sekian.. terima kasih!!

Friday, October 21, 2011

Apam Polkadot saya!!

Posted by bemymine at Friday, October 21, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua!!


Rasa lama sangat aku tak hapdet belog neh!! Bukan apa, tapi rasa macam BZ sangat.. Huh!! Bz amende, kat office bz dok main game plant vs zombie... Adeeeehhh!! kantoi..


Aku nak habaq kat korang bahawasanya aku dah berjaya buat apam polka dot neh..Bukan apa, aku nie setakat masak cekodok dengan lempeng boley la.. lau buat kuih nie kena fikir panjang.. Yeala, takut meletup pulak dapur mak aku tu kan... tak pasal2 abg bomba berbaris depan rumah..


Bila apam aku dah masak, aku pun melompat2 macam orang kena sawan, mak aku cakap 'berbungulan leh?? maknanya, gilerr ke?? yeala, bangga kot, buat kuih utntuk 1st time then kuih tu menjadi... pergghh memang bangga la, gaya macam menang grammy award je.. hahahahaha... sawan2..


Apam nie siap ada filling blueberry, ahakzzz dengan yakinnya mengadun dengan mixer yang aku beli semata2 nak buat apam neh!! kopak2.. tapi tak pe, puas hati...bila dah jadi, tuan hakim (abah) boleh cakap 'kak, macam kulit kura-kura je dot2 nye'.. hahahhaha.. abah2..


Malas nak story panjang2, korang tengok lah hasil nye.. agak2 boleh dapat tempahan ke tak eak??? Kalo nak buat tempahan, sila lah.. special price aku bagi!! siyessssssssssss!!!!!


Selamat menjamu mata!!









SMILE!!!!!!

Tadaaaaaa!!!! lihat hasilnya!! cantik kan.. siap ada smile ag.. 

Thursday, August 11, 2011

Kau jangan nak banyak komplen!!

Posted by bemymine at Thursday, August 11, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Assalamualaikum..

Hari ini hari ke-11 kita berpuasa.. Ada sesiapa tak puasa?? Ermm.. Tepuk dada tanya iman yea kawan-kawan..


Hari ini 11/8/2011 aku dapat 3 bungkusan iaitu Contact Lens.. Yeeehuuuu.. Niat di hati nak pakai time raya nanti, tapi macam dah tak sabar je nak pakai time raya.. Huhu... Aku order 5 pairs lens.. Lain-lain pattern.. Huhu.. Cantikkk.. *sorry, gambar lens tak boleh upload, line internet sini lampi sangat2*...


Cerita nya, aku tolong la budak-budak office aku order lens, sebab aku order kan, so ape la salahnya kalau order sekali kan. iyea la. da aku order banyak kan, so ape salahnya aku amik order sekali.. Tiap-tiap hari tanya aku, bila lens nak dapat, bila lens nak dapat.. Ermmm. Aku jawab 'tunggu yea'.. Bayangkan, hari-hari tanya aku menda yang sama.. Boring okehh.. Tapi aku sabar je la kan.. Sebab lens aku pun tak dapat lagi..


Masa yang ditunggu sudah tiba, lens dah dapat.. Yehuuu.. Seronok okeh!!.. Tup-tup tang minah sekor nie dia ley komplen lak, 'weyhh, asal lens aku tak cantik weyhh, aku order wane grey, asal yang dapat wane hitam'.. Maakk aiikk, dalam hati aku jawab, 'ekau nie rabun warna ke pe?? kan tu warna grey, dah ko pilih design grey yang tak berapa terang, sape suruh weyhh'.. Alamakkkk bikin kecoh la..


Lepas tu dia tak puas hati lagi, mintak link online shop yang aku order tu, dia nak check sendiri.. Alamakk kau., mengelabah siyotttt.. Bukan harga lens tu RM250.00 pun, RM25.00 je kan.. Kau mengelabah macam harga lens kau tu ribu-riban kot.. Manusia3x..


Moral off this : lepas ni, aku tak nak dah ambil kan order untuk kau wahai minah cerewet.. Lebihhh la lu.. huh!!


 

kecik membebel Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting