Sunday, March 13, 2011

Kenapa aku tak nak pakai kereta lagi !

Posted by bemymine at Sunday, March 13, 2011
Salam u oll's..

Terkejut terkujat & terkulat tengok aku update entry lagi hari nie? huaaaa! acteli aku da malas da nak buat kerja kat office neh. Malas sangat Owh. Lebih kurang macam malas tahap 'harimau yang dah kekenyangan LOL! dasat peribahasa maut ko!

Tengok tajuk aku pun korang dah dapat agak apa yang aku nak tulis kan, tapi SUKA HATI aku lah kan. OK! aku da macam naik bosan da bila orang tanya 'kecik, nape tak amik kereta'? 'kecik, amik kereta kan senang sikit' dan tak lupa gak ada yang berbaik hati tolong kira bahagi campur tolak kan gaji bulanan aku dengan costing yang aku kuar kan untuk bayar tambang pakcik pakcik teksi aku tu..

Tapi aku tak salah kan dieorang, sebab aku pegang kata kata dieorang. Aku akan ambil kereta jugak 1 hari nanti. Just wait &see ok! sabar lau aku da ada kereta aku bawak korang semua. LOL. ingat bas ke??

Last entry aku ada bagitahu korang kenapa aku tak nak pakai kereta lagi kan. Disini ada beberapa input input *skema sangat kau kecik* penting untuk aku kongsi bersama. Chewaah! ayat macam nak mintak pelempang jarak jauh dari bapak aku je kan..

Antara sebab sebabnye adalah :
  • Lesen - aku tak de lesen lagi, macam mana nak bawak kereta? aku dah amik dah lesen L, tapi baru separuh. LOL! Tak kan aku nak bawak kereta tapi tak da lesen kan. Lau kena saman KORANG bayar ok!!
  • Mentel Tak Kuat - lebih mejurus *jurusan seni silat* kepada PENAKUT! saja tak nak mengaku la yang aku ni penakut ok! yealah, tiap tiap hari aku ada driver yang bertukar tukar **kaya kan aku** (TEKSI). Dan pemandu pemandu teksi nie Nauzubillah. Cilok sana cilok sini. Pengaruh movie Cilok la kot die orang neh. Kadang kadang aku terfikir, 'dieorang neh eX-dRiffteR ke??'. Memang berdebar debar okeh!

  • Ballance account tak mencukupi - dalam erti kata lain, belum layak. Sebab, if aku terburu buru nak ambil kereta, if one day nanti aku terMISS nak bayar duit bulanan kereta, roadtax, insurans, minyak kereta, saman, sape nak tolong bayarkan? korang??? memang tak la kan. Senang cakap, gaji aku cukup cukup makan je, Yealah duduk dekat bandar metropoliteknik neh? Eh silap metropolitan ni banyak pakai duit. Sapa sapa yang duduk kat KL nie, orang tahu lah macam mana kan.

  • Tak cukup ketinggian la -Aku kan boleh dikategorikan sebagai calon calon orang cute seantero dunia kan *pannnnnnnnnnnnnggggggggg!*. Ada yang tanya aku "kecik, kalau ko amik kereta, sampai ke kaki ko nak pijak pedal pedal yang ada tu?". Lagi 1, "sampai ke tengok kereta depan tu? nampak ke?" Dan yang paling kejam "mesti orang ingat kereta ko tu gerak sendiri kan, yea lah dari belakang tak nampak pun drivernyer". Kejam ok! Menusuk jiwa raga & kalbu aku taw! sob sob sob..

  • Pilihan - Aku kalau boleh nak pakai kereta idaman aku la. Bukan apa, senang cakap. Aku punya kereta idaman adalah Ferrari *lempang enampulohenam kali ok* (tujuh keturunan pun kau belum mampu oii kecik nak pakai ferrari!). Tak adalah, aku minat kat kereta Swift! nampak GEDIK je kan kereta tu. Aku tak nak la bila aku pakai kereta sekarang, a few years lepas tu aku tukar kereta pulak. Macam tak berbaloi baloi je kan. Lagi satu, tak kan nak pakai 2 biji kereta? kaya kau noks! Jadi cara terbaik aku adalah BERSABAR!!
Okeh lah, tu je ulasan ulasan aku untuk hari nie. Pokok pangkalnyer 'UKUR BAJU KAT BADAN SENDIRI'. Paham paham sendiri la eyh korang.

Sila bertemu lagi dekat next entry okeh!


P/s :: Tau kat mana nak cari templet templet untuk blog yang chantek chantek!!!!

4 comments:

Whoopz on March 13, 2011 at 10:59 PM said...

bgs ar bersabar...sabar itu perisai org beriman.. :) x cukup tinggi? Taruk bantal kat seat driver tu.. Heheh

bemymine on March 14, 2011 at 12:39 AM said...

hye whoopz :: wazup wazup.. hehe.. nak tukar seat tu jadi sopa kat umah lak! whahaha

anathira on March 15, 2011 at 3:31 AM said...

xyah beLi la yuNk....abey mu kn aDe...biar dia kuar mOdal...ape guNa dpaT bKaL suaMi kaye tp nk susahkan dRi sndRi???huhuhu

bemymine on March 15, 2011 at 6:26 PM said...

Babe anathira :: yang kaya die la, bkn aku! LOL!

Post a Comment

 

kecik membebel Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting