Wednesday, January 19, 2011

Berperang dengan perasaan sendiri..

Posted by bemymine at Wednesday, January 19, 2011
Hello Malaysia,

Aku? Kenapa aku selalu rasa macam ni.. Kadang2 terasa aku nie layak check in kat Tanjung Rambutan *aku siyes ok!!*.. Kenapa? Kenapa aku rasa aku tak boleh wat apa yang aku nak? as long as tak melanggar syarat2 dan peraturan sebagai seorang perempuan & tidak melakukan kesalahan sehingga menyebabkan air muka my family tercalar i think its still ok.. RIGHT!!!..

Hati?? Kesian pada hato sendiri.. Seringkali sedih dengan keadaan sekeliling. Seringkali berkata-kata sendirian yang "AKU SEORANG YANG KUAT", tapi hakikatnya "AKU SEORANG YANG LEMAH". Seringkali berkata "TIDAK, INI KEPUTUSAN AKU", tapi hakikatnya "BUKAN AKU YANG BUAT KEPUTUSAN INI". Seringkali menagis kesedihan bila dimarah, dicaci, diherdik (pernah ok!). Seringkali menjadi hipokrit bila, bibir mengukirkan senyuman sepanjang hari, tapi hakikatnya, HATI menangis sepanjang hari..

Fikiran?? Selalu tak keruan.. Selalu tidak dapat berfikiran yang aku ni berada di paksi yang betul.. Selalu ingin bertindak diluar kawalan, tapi aku tetap berpegang teguh bahawa aku masih anak mak & abah, jadi sebelum berbuat sesuatu fikir pasal mereka..

Kau, Kamu, Mereka??? Penah fikir pasal aku? Kadang2 aku rasa Kau, Kamu, Mereka hanya tahu mencari salah dan tidak pernah bertanya KAMU BAHAGIA HARI INI.. Pernah?? Pernah??? The answer is NO!! NO!! NO!!! hanya mahukan kesempurnaan dari dalam diri ini.. Hakikatnya, aku bukan seorang yang sempurna..

Senyuman yang terukir, lawak2 bodoh yang dibuat kadang kala tidak datang dari hati tapi hanya untuk membahagiakan hati yang sedang kesedihan. Kenapa?? terlalu complicated untuk aku ceritakan.


Dan aku masih berperang dengan perasaan sendiri..

0 comments:

Post a Comment

 

kecik membebel Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting